Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 4, 2024 23:51 MYT
April 4, 2024 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 April 2024.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei 2024 pada Sabtu.
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) mengeluarkan seruan tegas kepada pengguna agar menggunakan media sosial dengan lebih bertanggungjawab atas perkongsia hantaran atau kandungan berbaur kebencian.
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.
Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
HARIMAU Malaya terpaksa menelan keperitan apabila ranking jatuh merudum menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka biarpun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menangani isu surat layang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terdapat bukti kukuh.