Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 2, 2024 23:59 MYT
April 2, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 April 2024.
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 kekal sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak menganjurkan majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana, tahun ini.
Pemain skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari membuktikan kelas tersendiri dalam gaya, mutu mahupun keunggulan sukan tersebut apabila merangkul Kejuaraan Klasik London.
Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, kata Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman.
Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk serangan di kedai serbaneka KK Mart, baru-baru ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan calon DAP akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan kelak.
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027 sekali gus menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dalam masa empat jam.