Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 17, 2024 23:52 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mac 2024.
1. Lepas kelar anak, isteri kirim gambar kepada suami melalui WhatsApp
Seorang ibu kandung tergamak mengelar mati bayinya yang berusia setahun enam bulan dalam satu kejadian di kawasan perumahan, di sini, semalam.
2. Siti Dhia Batrisyia ditemui selamat - Ibu
Kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, ditemui selamat ketika berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada 2.28 pagi tadi.
3. Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024 selepas mengesahkan slot ke final, awal pagi waktu Malaysia, hari ini.
4. Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
5. Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
6. SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.
7. Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Ibu kandung yang didakwa mengelar anaknya berusia setahun enam bulan direman tujuh hari bermula Ahad.
8. Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.
9. Penyampai berita disiasat dakwa polis sombong, kasar
Polis menafikan dakwaan seorang penyampai berita yang menyifatkan tindakan anggota polis sebagai kasar, sombong dan tidak profesional semasa menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan USJ 9, Subang Jaya pada Rabu lalu.
10. Isu sekolah padat: Sewa bangunan baharu antara tiga cadangan - Aiman Athirah
Menyewa bangunan baharu untuk dijadikan kelas sementara antara tiga cadangan dikemukakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang bagi menangani isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.
#berita tempatan #Penyampai berita #all england #warga Felda
;