Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 9, 2024 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Mac 2024.
1. Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, kerajaan PH-BN sedar kedudukan mereka tidak kukuh malah pada masa sama, rakyat juga hilang keyakinan kepada mereka.
2. Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
3. Sekat segera ajaran The Ahmadi
Tular mengenai akaun TikTok dipercayai milik Bishop atau ketua ajaran The Ahmadi yang mendapat sambutan ketika bersiaran langsung.
4. Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa sebagai "penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu" ke atas Sabah.
5. Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Perdana Menteri menempelak kenyataan Pengerusi PN berhubung cabaran kepada kerajaan mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
6. PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Beliau berkata berdasarkan data yang diperolehi daripada Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang lepas, beliau akui sokongan khususnya dari masyarakat Cina dan India masih kecil.
7. Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
8. Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
9. Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama kementerian dan agensi berkaitan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
10. GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berdasarkan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan (Tinjauan Fiskal 2024) yang diterbitkan Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan Madani.
#berita pilihan #berita tempatan #parti lompat #dicekup berkhalwat
;