Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 29, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
1. KEB 2024: Pemilikan Bumiputera dalam syarikat korporat di Bursa Malaysia masih tidak memuaskan - TPM
Golongan Bumiputera masih belum mencapai tahap pemilikan yang memuaskan dalam kalangan syarikat korporat tersenarai di Bursa Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
2. Surina Shukri, bekas CEO MDEC meninggal dunia
Surina Shukri, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meninggal dunia pagi ini.
3. Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Ringgit dijangka kembali mengukuh ke paras RM4.50 berbanding dolar Amerika sebelum penghujung tahun 2024, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4. Menteri terlibat rasuah wajib digugurkan - Anwar
Kerajaan memberi jaminan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pimpinan kerajaan yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
5. Sultan Selangor dukacita kenyataan Abdul Hadi
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.
6. Anggota polis maut dipercayai tertembak dalam operasi di Hutan Simpan Sik
Seorang anggota polis daripada cawangan khas (SB) maut dipercayai tertembak ketika melaksanakan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, Kedah, pada Rabu.
7. Kadar elektrik: 6.96 juta pengguna kategori perumahan tidak dikenakan kenaikan SST
Sejumlah 84.3 peratus atau 6.96 juta pengguna kategori perumahan di Semenanjung tidak terjejas dan masih tidak dikenakan cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac.
8. Bicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan menghasut
Pembelaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi membatalkan dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.
9. Ahli Parlimen Padang Serai mohon maaf tersalah sebut nama Agong
Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat kerana salah menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
10. Kenyataan Abdul Hadi libatkan Raja-Raja Melayu tidak beretika, demi kepentingan politik
Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam tulisan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' pada 20 Feb lepas yang antaranya ditujukan kepada Raja-Raja Melayu disifatkan sebagai tidak beretika dan demi kepentingan politik.
#berita pilihan #berita tempatan #berita tumpuan #berita utama
;