Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 26, 2024 23:59 MYT
Februari 26, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Februari 2024.
Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.3 juta bagi merancakkan program Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024).
Setelah 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna.
Sultan Ibrahim menitahkan semua Ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mahu kecekapan proses kerja dan tadbir urus setiap agensi kerajaan sentiasa dinilai dan ditingkatkan, bagi memastikan tiada red-tape atau karenah birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda akan meneliti pembelanjaan Kerajaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang diperlukan sahaja.
Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini sarat dengan pesanan untuk diamati, diperhalusi dan dijadikan panduan oleh semua Ahli Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata ia bertujuan memupuk semangat perpaduan sekali gus menjauhi kebencian serta perkauman dalam kalangan rakyat.
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia kini menduduki tangga teratas di peringkat global dalam Skor Konsistensi 5G, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.