Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 10, 2024 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Februari 2024.
1. PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Perikatan Nasional akan menyokong penuh segala usaha meminda Perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa mahkamah syariah.
2. Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
3. Kes Nik Elin: Bukan ‘Black Friday’, UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah - Mohamad Hasan
Langkah tersebut perlu untuk memastikan apa juga masalah dapat diselesaikan segera tanpa menimbulkan suasana yang tidak menentu.
4. Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium (JIS) bagi menghadiri Kampanye Akbar (kempen terakhir) pada Sabtu.
5. Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi berkata kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.
6. Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan dan ia perlu dibawa ke Jemaah Kabinet.
7. Taib Mahmud kini dirawat di Kuala Lumpur - KPN
Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, disahkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
8. Malaysia, Brazil sepakat promosi dan lindungi kepentingan negara membangun - PM
Malaysia dan Brazil sepakat untuk menjalin kerjasama rapat bagi mempromosi serta melindungi kepentingan negara membangun khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.
9. Tiada keperluan perkenal kad biru - Subkhiddin
Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.
10. Hassan Karim tak gentar digantung, dipecat
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan beliau adalah seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak akan tunduk atau berdiam diri terhadap perkara tidak betul sekali gus memerlukannya menegur.
#berita pilihan #berita tempatan #tahun babi #kad biru
;