Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 7, 2024 23:46 MYT
Februari 7, 2024 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Polis Melaka menahan seorang peniaga warung di Jasin selepas disyaki menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu songsangnya dengan mencabul kehormatan mereka sejak September tahun lalu.
Dakwaan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Selepas Maghrib hari ini, masuknya tanggal 27 Rejab yang menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu Israk dan Mikraj.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan dapatan awal, berkemungkinan video tersebut tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit.
Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh, di Bidor pada Rabu.
Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara selama dua tahun terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown atas dakwaan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Mana-mana pegawai atau anggota polis yang menerima sampul berisi wang atau angpau semasa waktu bekerja merupakan satu kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.
Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor.