Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 2, 2024 23:52 MYT
Februari 2, 2024 23:52 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
Seramai 100 lagi anggota ditambah terdiri daripada Jabatan Imigresen dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengesan 130 tahanan yang lolos dari pusat tahanan di Depot Imigresen di Bidor, Perak.
Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.
Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah trak tentera dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Gurun, hari ini.
Seorang pemilik syarikat pelancongan dan umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki berkaitan pakej umrah.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimbang untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut.
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming hari ini mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata keputusan Lembaga Pengampunan hari ini sudah dapat dijangka sejak awal lagi.
Setiap rakyat Malaysia yang didapati bersalah termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk memohon pengampunan.
Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Datuk Rohaimi Md Isa berkata siasatan awal mendapati syarikat iu mempromosikan platformnya untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.