Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 30, 2024 23:55 MYT
Januari 30, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Januari 2024.
Seri Paduka berdua meninggalkan Dataran Parlimen pada 9.20 pagi untuk berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Peperiksaan SPM melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Puteri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan berkongsi hantaran hari terakhir keluarga diraja itu di Istana Negara.
Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2023 naik tiga mata kepada 50 mata, berbanding 47 mata pada 2022.
Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, baru-baru ini.
Mesyuarat Lembaga Pengampunan telah berlangsung di Istana Negara pada Isnin, namun semua pihak disaran untuk menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Dr Zaliha Mustafa.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini sebagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033.
DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 Feb hingga 5 Feb ini.