Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 27, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
1. Tun Daim sahkan akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
2. Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan Zoo Negara.
3. Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral mereka untuk memilih hanya satu pencen sahaja dan menolak yang lain.
4. Kes genosid: Malaysia kemuka hujahan lisan di ICJ pada 22 Feb
Malaysia akan mengambil bahagian mengemukakan hujahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin pada 22 Feb nanti.
5. Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
6. RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
7. Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan di Istana Bukit Serene di sini esok.
8. Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri yang ditahan kerana dipercayai meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian dilanjutkan tiga hari lagi.
9. Institusi Yang Di-Pertuan Agong perlu terus dipelihara, dipertahan - Al Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi Yang di-Pertuan Agong di negara ini terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.
10. Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan serta meningkatkan mutu perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat.
#berita pilihan #berita tempatan #Zoo Negara #hujahan lisan
;