Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 23, 2024 23:51 MYT
Januari 23, 2024 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Januari 2024.
Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kerajaan Malaysia telah memfailkan balasan kepada permohonan Goldman Sachs berkenaan arbitrasi pada 8 Nov 2023, dan kedua-dua pihak kini sedang dalam proses rundingan untuk mencapai persetujuan tentang jadual masa prosedur.
Kerajaan Perpaduan tidak mencampuri sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas mana-mana individu bergelar ‘Tun’ dan ahli keluarga, tegas jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil,
Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh menikmati perkhidmatan Internet yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB bermula hari ini hingga 23 April depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.
Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia dua dekad lalu mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertuduhan yang akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu dijangka berlangsung jam 9 pagi.
Bekas vokalis kumpulan rock Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki serta mengambil dadah pada 2019.
Kira-kira 200 perniagaan di tingkat atas Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini semakin 'tenat' ekoran ketiadaan pelanggan walaupun Terengganu rancak menerima kehadiran pelancong terutama pada musim cuti.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.