Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 15, 2024 23:53 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Januari 2024.
1. Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri
Cadangan mewujudkan penggal tetap Parlimen mempunyai kebaikan dari sudut kelancaran sistem pilihan raya, namun ia tidak membawa maksud penggal tetap bagi Perdana Menteri.
2. Apa maksud pesakit 'ditidurkan'? Ini penjelasan Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan penjelasan berhubung perkataan 'ditidurkan' yang menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini.
3. Seleweng zakat MAIPk RM9.62 juta: Suami isteri bebas dengan jaminan bon mahkamah
Suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM50,000 setiap seorang.
4. Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Para hakim bebas untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa sebarang rasa gusar terhadap natijah politik atau sosial berhubung keputusan mereka, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
5. Suami isteri dipenjara 5 tahun lakukan amang seksual remaja OKU
Sepasang suami isteri masing-masing dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 14 tahun pada November dan Disember tahun lepas.
6. MyGCC di bawah Kementerian Komunikasi - Fahmi
Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC), yang sebelum ini di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
7. Bursa Malaysia lepasi paras penting 1,500, indeks komposit tertinggi terakhir pada Ogos 2022
Bursa Malaysia meneruskan momentum positif yang kukuh untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong secara keseluruhannya oleh sokongan belian, dengan indeks barometer berada di atas rintangan psikologi 1,500 yang kali terakhir dicatatkan pada Ogos 2022, kata peniaga.
8. Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu bebas tuduhan rasuah RM6.48 juta
Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.48 juta daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu.
9. Tun M tidak berhak bercakap soal kesetiaan - Vigneswaran
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai sebarang hak untuk mempersoalkan kesetiaan masyarakat India di negara ini dan kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini tidak perlu dilayan sama sekali.
10. Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000
Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.
#berita pilihan #tempatan #tuduhan rasuah #amang seksual
;