Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 13, 2024 23:56 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Januari 2024.
1. Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar
Mangsa yang maut merupakan remaja warganegara India berusia 17 tahun.
2. MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Antara penambahbaikan yang dibuat termasuk perkhidmatan tren tambahan KTM Komuter 24 jam 4 hari 3 malam.
3. Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
Warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar termasuk empat kanak-kanak.
4. SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi
Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, pada 15 dan 16 Januari ini.
5. Zahid cadang gubal RUU bagi kekalkan kerajaan sehingga habis penggal
atu Rang Undang-undang (RUU) baharu perlu digubal, bagi memastikan sebuah kerajaan yang wujud sama ada menerusi parti yang dominan atau gabungan dikekalkan sehingga akhir penggal.
6. Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik
Lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Rabu lalu bukan ahli politik.
7. Man on the Run: Belum ada sebarang keputusan berhubung permohonan Najib - Fahmi
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar arahan dikeluarkan kepada Netflix untuk menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.
8. Langkah Dubai: Tindakan ke atas Raja Petra, polis rujuk Peguam Negara
Polis akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi menentukan tindakan ke atas penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung dakwaan terdapat gerakan ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah di Dubai.
9. Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
10. Polis cari penulis artikel dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN
Polis sedang mengesan penulis sebenar artikel yang mempunyai dakwaan bahawa pihak Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.
#berita pilihan #berita tempatan #penulis artikel #nilai perpaduan
;