Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 9, 2024 23:59 MYT
Januari 9, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Januari 2024.
Amalan berkenaan yang sudah diamalkan sekian lama sebenarnya memberi ruang yang lebih besar bagi penyalahgunaan kuasa.
Jumlah pendaftaran pengguna itu termasuk golongan yang berumur bawah 18 tahun.
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bulan depan bagi merealisasikan penyerahan itu.
Cadangan membuka rumah pelacuran di negara ini tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.
Kerajaan akan membangunkan kerangka dasar beserta pelan khusus bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata taburan hujan luar biasa pada 4 dan 5 Jan yang melebihi taburan hujan bulanan dikenal pasti sebagai punca kejadian banjir di daerah itu sejak Ahad lepas.
Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini sudah mencapai 90 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).