Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 8, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Januari 2024.
1. Papagomo mengaku tidak bersalah tuduh kerajaan pro-Israel
Papagomo memohon dibicarakan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.
2. PM Anwar arah KSU, ketua jabatan kemuka laporan bulanan kemajuan projek kerajaan
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.
3. SPRM siasat perbelanjaan RM700 juta, bekas PM antara empat individu dipanggil
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, mereka akan dipanggil selewat-lewatnya pada minggu depan.
4. 'SD? Tak perlu komen, saya ada kerja' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
5. Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya memohon kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix mengeluarkan filem dokumentari "Man on the Run" daripada ditayangkan di negara ini.
6. Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
7. Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu berkuat kuasa esok.
8. Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) untuk menangani isu berkaitan eksploitasi seksual dalam talian terhadap golongan itu.
9. Siti Nurhaliza mohon maaf tidak dapat tambah hari, tiket konsert
PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin melahirkan rasa kesal tidak dapat menunaikan permintaan sebilangan peminat untuk menambah hari dan juga jumlah tiket bagi konsert "Saya Sebuah Epitome Siti Nurhaliza" pada 9 Mac ini.
10. Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik - Ahmad Zahid
Pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan 'harga mahal' bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
#berita pilihan #berita tempatan #kepentingan politik #kuota haji
;