Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 6, 2024 23:45 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Januari 2024.
1. Dusun dalam bandar 'Abang Bomba'
Projek tanaman sayur dan buah-buahan yang diusahakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar sejak setahun lalu, kini sudah mula membuahkan hasil.
2. Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mencabar pihak yang menyebarkan fitnah menerusi aplikasi WhatsApp yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.
3. Elok Sanusi fokus tugas sebagai Menteri Besar Kedah - Fahmi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seharusnya memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai seorang Menteri Besar sebelum bercakap mengenai rancangan menukar kerajaan, bidas jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
4. Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini berakhir dengan kegagalan.
5. Rasuah RM6 juta: KFA adakan mesyuarat khas
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan isu rasuah yang terpalit dengan persatuan berkenaan.
6. Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari bermula bagi membantu siasatan kes berkenaan.
7. Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
8. Kenyataan media 118 Ahli Parlimen PN menghadap Agong adalah palsu
Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen gabungan itu untuk datang menghadap Seri Paduka Baginda bersama akuan bersumpah masing-masing.
9. JKM sedia makanan hanya pada hari pertama PPS dibuka
Pemberian makanan bungkus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara hanya akan diberi pada hari pertama PPS dibuka.
10. Polis cari pemandu Iriz biru berhenti mengejut tengah MRR2
Aksi samseng pemandu sebuah kereta yang bertindak memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah jalan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini mengundang padah apabila individu terbabit kini diburu polis.
#berita tempatan #dalam negara #abang bomba #daging babi
;