Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 4, 2024 23:59 MYT
Januari 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Polis masih giat mengesan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam penipuan urusan katering membabitkan seorang pengantin wanita dalam kejadian pada 24 Disember lalu di Bandar Seri Jempol.
Meskipun baru berusia 15 tahun, namun, Nurul Khadijah Helmy Sham sudah memikul tanggungjawab menjaga bapanya yang sakit selain memberi laluan kepada dua kakaknya untuk meneruskan pengajian.
Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan kereta api di Kilometer (KM) 355.749 antara Rawang dan Kuang pada 12 Disember lalu.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCom) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.
Polis membuka kertas siasatan ke atas dua individu berhubung kenyataan berkaitan isu Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan dakwaan kewujudan kartel atau "mafia" yang menentukan harga padi, beras dan benih padi di negara ini.
Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.