Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 2, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Januari 2024.
1. Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan 'NFA'
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan.
2. Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke
Pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.
3. 7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
Ia akan melibatkan seramai 601 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di dua buah daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.
4. 'Tak kira kamu PM, Menteri Kewangan, tindakan tegas jika punggah kekayaan' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengingatkan semua pihak termasuk Kabinet Kerajaan Perpaduan supaya tidak terbabit dalam aktiviti rasuah.
5. Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli undi untuk PRU13, 11 tahun lalu.
6. Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
7. Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengeluarkan surat menyatakan tiada keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada 2009.
8. Polis tubuh pasukan khas siasat, buru dua suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang memburu dua suspek yang melepaskan tembakan dalam sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo di sini pada Isnin, mengakibatkan tiga lelaki berumur antara 27 dan 33 tahun cedera.
9. Pengguna tergendala daftar PADU, tidak terima OTP
Orang ramai berdepan masalah nombor pas pengesahan transaksi (OTP) ketika melakukan pendaftaran selepas satu jam laman sesawang Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka pada tengah hari Selasa.
10. Pemandu e-hailing diumpan keluar dari hotel ke ladang kelapa sawit sebelum dibunuh - Pendakwaan
Pendakwaan kes perbicaraan enam anggota polis dan seorang awam yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing akan membuktikan bahawa mangsa telah diumpan keluar dari sebuah hotel di sini dan diarah memandu ke ladang kelapa sawit di mana dia ditikam pada 13 Januari tahun lepas.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia