Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 28, 2023 23:59 MYT
Disember 28, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Disember 2023.
Legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah, 75, disahkan meninggal dunia pada awal pagi Khamis.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada pihak yang tidak senang apabila namanya ‘popular’ di media sosial khususnya TikTok.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin, pada Khamis.
Kerajaan Malaysia dan Thailand mencapai kata sepakat untuk menyegerakan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman Sungai Golok di sempadan kedua-dua negara.
Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Banting, Selangor.
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa.
Wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital di London disahkan meninggal dunia.
Sebanyak 77 rakyat Malaysia ditahan di luar negara bermula 2021 hingga November tahun ini atas pelbagai kesalahan dadah.
Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.
Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.