Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 26, 2023 23:47 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Disember 2023.
1. Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia
Anak lelakinya, Ivan mengesahkan kematian bapanya itu disebabkan sakit tua.
2. Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap terhadap Azman Syah.
3. Tular kenderaan rasmi baharu didakwa untuk MB, Exco Terengganu
Kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda.
4. Mayat kanak-kanak mangsa kes lemas di Rantau Panjang ditemukan
Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, di Pasir Mas, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi.
5. Penaung NGO, ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' diberkas - Ayob Khan
Ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.
6. Azalina gesa siasatan segera pekerja warga Bangladesh dijanji pekerjaan tidak wujud
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa siasatan segera ke atas ejen yang bertanggungjawab menipu pekerja asing.
7. Bekas wartawan, novelis Salmi Manja meninggal dunia
Bekas wartawan, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita profesional generasi pertama di Malaysia, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.
8. Ahmad Zahid akan bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membantah permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap beliau pada 4 Sept lepas.
9. Banjir: Operasi ICQS Rantau Panjang ditutup sementara
Operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas ditutup sementara berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak.
10. 'Kenapa identiti pemberi rasuah seperti sengaja disenyapkan?' - Syed Ali
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mempersoalkan mengapa hanya penerima rasuah yang didedahkan secara umum, sedangkan pemberi rasuah jarang diberikan tumpuan.
#berita pilihan #berita tempatan #pemberi rasuah #ICQS Rantau Panjang
;