Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 23, 2023 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
1. Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri
Penalti sebanyak RM415 juta dikenakan terhadap lima syarikat pengisar makanan ayam oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu dijadikan sebagai peringatan kepada pemain industri di negara ini.
2. Ashabul Kahfi: Pendakwah perlu pelihara adab, amal sikap tawaduk - Mohd Nai'im
Para agamawan diingatkan untuk bersikap cermat, memelihara adab serta tawaduk atau rendah diri dalam berdakwah dan menyebarkan risalah agama.
3. Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan jaminan menutup episod usaha untuk menukar sokongan dan menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.
4. Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
5. Daim disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram - SPRM
SPRM mengesahkan sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.
6. Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly
Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
7. Malaysia bebas jalin hubungan dengan mana-mana negara - Anwar
Malaysia bebas menyuarakan pandangan dan pendiriannya termasuk dalam menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi
Antara sungai yang terlibat ialah Galas, Nal dan Kelantan meliputi jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Tumpat.
9. Tak wajar kaitan fenomena ribut suria dengan hari kiamat - Mufti P.Pinang
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, fenomena alam dengan keadaan bumi bergelap untuk tempoh-tempoh tertentu merupakan satu fenomena biasa yang bukan pertama kali berlaku dan boleh dijangka kejadian seterusnya oleh para ahli astronomi.
10. UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati UMNO untuk kerap turun padang bertemu dengan ahli akar umbi dan rakyat untuk memberi penjelasan berkenaan beberapa isu yang membelenggu parti itu terutama mengenai hubungan baik dengan DAP.
#berita tempatan pilihan #Berita AWANI #berita dalam negara #berita tumpuan
;