Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 21, 2023 23:46 MYT
Disember 21, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Disember 2023.
LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.
Kadar itu meningkat 0.65 sen seunit berbanding dividen pada tahun lalu.
Perhilitan turut merampas disyaki kaki burung kuang raya selain jerat tali dan wayar kabel.
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti perayaan Krismas.
Perdana Menteri menggesa mahasiswa di universiti awam dan swasta untuk menolak pengaruh pemikiran jumud, tetapi perlu melonjakkan status kampus sebagai mercu tanda pemikiran toleransi kemanusiaan.
Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya menggunakan dumbel minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis, atas tuduhan membunuh.
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan meliwat seorang remaja lelaki sebanyak dua kali pada September dan Oktober lalu.
Kementerian Pendidikan beriltizam untuk terus berusaha memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin.
Malaysia menamatkan tahun ini dengan nota yang cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).