Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 15, 2023 23:54 MYT
Disember 15, 2023 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Disember 2023.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran untuk menggunapakai lima langkah strategik bagi mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini.
Antara ancaman terbesar kepada negara ialah berleluasanya budaya menyebarkan pembodohan, yang kini diperturunkan kepada rakyat biasa.
Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak.
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.
Saranan untuk dipinda Perlembagaan Persekutuan bagi membataskan Perdana Menteri kepada orang Melayu-Islam sahaja adalah tidak wajar, dan lebih kepada mengapi-apikan keadaan.
Kanak-kanak yang mendakwa melihat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin lima jam sebelum dilaporkan hilang melakonkan semula aksi berkenaan di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Jumaat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahukan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) dipertingkatkan dalam isu saringan terhadap tahap kronik pesakit bukanlah bertumpu kepada pakaian seseorang pesakit.
Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini tengah hari Jumaat.
Insiden pencerobohan portal rasmi Halal Malaysia pada Sabtu lepas (9 Dis) tidak menyebabkan sebarang ketirisan data, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Antarabangsa Haneda pada jam 11.40 malam waktu tempatan.