Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 14, 2023 23:53 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Disember 2023.
1. COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
Pelaksanaan itu akan melibatkan golongan rentan iaitu pesakit kronik dan warga emas yang lebih berisiko untuk dijangkiti.
2. Zambry nafi rombakan kabinet untuk ‘selamatkan’ Presiden UMNO
Beliau berkata perkara berkenaan adalah hak mutlak Perdana Menteri dalam menentukan kekuatan pasukannya.
3. Filem Malaysia Abang Adik 'box office' di Taiwan, kutip RM6.5 juta
Filem Abang Adik yang ditayangkan di Taiwan bermula 1 Disember lalu mendominasi carta pecah panggung negara itu pada minggu pertama dengan kutipan sebanyak NT$15 juta (RM2.22 juta).
4. Kelibat Arif Aiman buat FIFA terpegun
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjangkakan bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Md Hanapi sebagai pemain yang bakal menyinar pada aksi Piala Asia di Doha, Qatar bulan depan.
5. Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa
Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.
6. Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa PPS dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor susulan hujan lebat berterusan sejak semalam, manakala di Perak keadaan beransur pulih.
7. Terapkan nilai Melayu dan Islam dalam corak batik tempatan - PM Anwar
Pengusaha batik tempatan disarankan menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan.
8. Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.


9. Inisiatif Payung Rahmah diteruskan sebagai agenda nasional negara
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia merupakan agenda nasional negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu Datuk Armizan Mohd Ali.
10. Lebih 1 juta rawatan sakit-sakit ringan percuma, dicapai melalui Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lepas.
#berita pilihan #berita tempatan #Box Office #COVID19
;