Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 10, 2023 23:51 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Disember 2023.
1. COVID-19 dijangka terus meningkat, tetapi masih terkawal - Dr Zaliha
KKM menjangkakan trend akan terus menaik di penghujung tahun, khususnya sewaktu musim Krismas.
2. Mike Mahen beri bayangan bersara tahun depan
Mike berkata beliau akan berbincang lebih lanjut dengan persatuan mengenai hasratnya itu.
3. Agong sempurnakan majlis pemasangan landasan ECRL pertama esok
Pemasangan landasan dijangka melibatkan 1.5km sehari dan Gebeng menjadi lokasi pertama.
4. Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharui - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengulangi gesaannya untuk mereformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.
5. Polis kejar 60km sebelum pemandu terjun dari Jambatan Pulau Pinang
Polis terpaksa mengejar sebuah kereta dari Bakar Arang, Sungai Petani sejauh kira-kira 60 kilometer (km) sebelum memberkas dua suspek di Jambatan Pulau Pinang di sini awal pagi semalam.
6. Tarif air akaun domestik Semenanjung, Labuan dijangka naik tahun depan
Tarif air bagi akaun domestik di Semenanjung dan Labuan dijangka akan meningkat tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.
7. PM dan dua TPM sahkan cubaan 'tebuk atap' tidak akan berjaya
Pembentukan Kerajaan Perpaduan dilihat berhasil dan mampu mengelak daripada sebarang cubaan "tebuk atap" selepas setahun pentadbiran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis hari ini meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari rumah mangsa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh.
9. Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
10, Isu godam data Perkeso: Beri ruang bagi siasatan forensik dalaman - Sivakumar
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan siasatan forensik dalaman untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes serangan siber yang menyasarkan infrastruktur dan imej Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
#berita pilihan #berita tempatan #Kerajaan Madani #sampel DNA
;