Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 3, 2023 23:59 MYT
Disember 3, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Disember 2023.
Kes COVID-19 dalam negara kini menenunjukkan trend peningkatan sejak November 2023.
Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi menegaskan tidak pernah sesekali terlintas dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan merompak seorang pemandu e-hailing, Isnin lalu.
Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kolon, di sini pada pagi Ahad.
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) di Malaysia disifatkan sebagai jauh berbeza dengan negara-negara lain seperti Kanada dan India, selain keselamatan data pengguna adalah terjamin.
Pendakwaan terhadap seorang lelaki warga Nepal di Mahkamah Majistret Gurun atas kesalahan cubaan menculik kanak-kanak terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Kerajaan Johor akan membuat rayuan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung hukuman pelaku insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menggemparkan pada 2019.
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.
Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu hari ini.
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.