Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 1, 2023 23:46 MYT
Disember 1, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Disember 2023.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam kes ini SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID.
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, minggu lalu.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.
5. Surat kepada MB Kedah jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat 'pre-council'
Wisma Putra menjelaskan bahawa surat jemputan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertarikh 25 Nov lepas adalah untuk menyertai program lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ICQS Bukit Kayu Hitam pada 27 Nov, tanpa menyebut mesyuarat pre-council.
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh berkata rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan mungkin dibuat sebelum hujung tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 setakat 21 Nov, kata Kementerian Ekonomi.