Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 30, 2023 23:56 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.
1. Kebocoran gas: Enam buruh asing dikejarkan ke hospital
Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba di sini semalam.
2. IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi
Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil cap jari menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sepertimana diuar-uarkan pencipta kandungan di pelbagai platform media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.
3. Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun 2024, libatkan 1,000 syarikat
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada Jun 2024 melibatkan 1,000 syarikat.
4. Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' dalam kes rakaman video tular perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff, tidak akan didedahkan.
5. Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 15 Disember depan untuk keputusan dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga pihak lain, membatalkan saman seorang individu berhubung penamatan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
6. 'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.
7. Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.
8. Harimau Malaya daki tujuh anak tangga, kini ranking ke-130 dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-130 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)
9. Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang blogger daripada pertuduhan membuat serta menghantar video jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menerusi aplikasi TikTok.
10. Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan
Kejadian tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dipercayai berlaku selepas pemandu kereta itu bertengkar dengan isterinya.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita penting
;