Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 24, 2023 23:58 MYT
November 24, 2023 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 November 2023.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang berhadapan dengan hukuman mati di atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu merayu untuk meneruskan kehidupannya di Australia.
Pereka artistik terkenal Firdaus Othman yang pernah tular dengan rekaan kreatif pelamin di majlis pernikahan penyanyi tersohor Yuna, dilaporkan meninggal dunia pada usia 32 tahun.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti, yang dijangka berlangsung sebelum hujung 2024.
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Oktober 2023 meningkat 1.8 peratus, terendah sejak April 2021, dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 128.6 pada bulan sama tahun sebelumnya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pelaku dan motif berkaitan kes ancaman bom palsu di beberapa sekolah di negara ini.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, yang berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu masih di bawah notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov).
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri prosiding saman AS$681 juta oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan terhadapnya dan beberapa individu lain.
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Parlimen Malaysia dijangka menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai usaha ke arah masa depan yang lebih mampan.