Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 18, 2023 23:59 MYT
November 18, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 November 2023.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga Isnin ini (20 Nov).
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof menyifatkan panggilan video bersama penolong pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, itu sebagai perbualan santai umpama ayah bercakap dengan anaknya.
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Hasil bedah siasat ke atas Qaseh Aulia Faizul yang meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada Oktober lalu mendapati, bayi berusia dua bulan itu maut akibat sesak nafas.
Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.
Miss Globe Malaysia, Manvin Khera dinobat sebagai juara ratu cantik Miss Globe kali ke-20 mengalahkan 52 delegasi negara dunia lain.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam, telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah.