Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 16, 2023 23:54 MYT
November 16, 2023 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 November 2023.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia gagal dalam permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang enggan mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah.
Ujian sebenar bagi seseorang pemimpin adalah semasa dia berkuasa, sama ada pemimpin itu berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan bukan semata-mata menjadi 'penunggang' agama atau moral.
Kerajaan Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik menafikan menerima rasuah mahupun ugutan daripada ‘broker politik’ atas keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anak sulung kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad itu memberitahu ayahnya sempat berpesan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada minggu lalu.
Mohamed Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along terlepas hukuman penjara sepanjang hayat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo adalah seorang saksi penting untuk mendedahkan semua isu berkaitan Tanore Finance Corporation.
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Malaysia melaungkan amaran dalam perjuangan mencipta sejarah selepas bangkit merakam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan sulung Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di sini, malam ini.