Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 11, 2023 15:59 MYT
November 11, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 November 2023.
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa arahan khusus daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melengkapkan siasatan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Petarung muda negara, Nor Iman Aliff Rakib, melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 4-0 dengan kemenangan KO ketiga apabila menumbangkan lawan dari Iran, Peyman Zolfaghari, dalam pertarungan 120-pound catchweight ONE Friday Fights malam Sabtu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manusia juga memperjuangkan hak haiwan, tetapi pada masa yang sama membenarkan satu bangsa dihina dengan cara yang paling teruk, ditindas, diseksa dan dibunuh selama lebih dari 70 tahun.
Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menjual bekalan air terawat kepada Pulau Pinang melalui pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara negeri ini.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di Gua Musang pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata draf berkaitan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan dibentang di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 pada Mei 2024.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II, Rahimi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, kira-kira jam 4.25 petang.
Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai) awal pagi Sabtu.