Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 9, 2023 23:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 November 2023.
1. Syed Saddiq dipenjara 7 tahun, sebatan, denda RM10 juta
Hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.
2. Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Kejadian tersebut juga menyebabkan empat lagi pekerja warganegara Myanmar mengalami kecederaan.
3. Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan.
4. Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, di Petaling Jaya pada Rabu.
5. 'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi terhadap jenayah buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
6. Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM85,500.
7. Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Jawatan Presiden akan dipangku oleh Timbalannya, Amira Aisya Abdul Aziz, dan beliau kini tidak lebih daripada sekadar ahli biasa parti.
8. Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser, khususnya leukemia, daripada wang derma.
9. Malaysia menang lagi kes tuntutan Sulu, matikan gerakan rampas aset negara - Azalina
Malaysia melakar kejayaan lagi selepas menang di Mahkamah Perancis dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu, sekali gus mematikan gerakan mereka untuk merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.
10. PM nyatakan hasrat bersama China segera selesaikan konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan hasrat kepada China untuk bersama-sama memastikan konflik Palestin-Israel segera diselesaikan dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan.
#berita pilihan #berita tempatan #runtuhan bangunan #selesaikan konflik
;