Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 8, 2023 23:45 MYT
November 8, 2023 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 November 2023.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan cadangan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung semula sebagai syok sendiri.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberikan tempoh sehingga Khamis ini kepada Dr Siti Mastura Muhammad untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan melibatkan beberapa lelaki dan wanita dipercayai bergaduh kerana berebut pelanggan di kawasan gerai makan laman Pasar Siti Khadijah dekat pada Isnin.
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad, bulan lepas.
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang ditahan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kerjasama baik terhadap siasatan polis.
Seorang pekerja kebun didakwa atas 34 pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap tiga anak kandungnya yang kini berusia 12, 17 dan 18 tahun sejak mereka berusia enam tahun.
Zahari Kechik berkata sokongan tersebut berkuat kuasa hari ini, selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan dan ketenteraman adalah di bawah tugas PDRM yang tidak akan diabaikan.
Kerajaan menawarkan potongan cukai sehingga RM300,000 bagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) bukan komersial yang akan dibuat sehingga Disember 2025.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permintaan berbuat demikian.