Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 3, 2023 23:46 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 November 2023.
1. Hanya remaja lahir pada 2007 dipanggil jalani PLKN 3.0 mulai tahun depan
Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Kementerian Pertahanan.
2. PKR bukan ahli Liberal International, bersolidariti dengan Palestin - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menjadi ahli kepada sebuah pertubuhan antarabangsa Liberal International.
3. Jakim siasat isu letak daging babi di kaunter umum
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil langkah awal bersama pihak berkuasa negeri susulan tular video memaparkan sebuah pasar raya yang tidak mengasingkan kaunter jualan daging babi dengan kaunter umum.
4. Penunggang maut, motosikal bertembung kereta di Jalan Ipoh - Butterworth
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 102 Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaaan Abu Bakat Al-Baqir, dekat Kerian, petang Khamis.
5. Adi Putra selamat diijab kabul dengan Siti Sarah
Genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 24, telah menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Siti Sarah Zulkarnain, 27.
6. PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan ia tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata wakil rakyat kepada pembangkang.
7. Bayi 12 bulan derita sindrom kepala besar meninggal dunia
Seorang bayi berusia setahun, Muhammad Azril Azhar yang sebelum ini menderita penyakit sindrom Pfeiffer meninggal dunia pada Jumaat.
8. MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan penghargaan atas tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan MyAQSA yang akan mengemukakan bukti kekejaman Israel di Palestin kepada ICC.
9. Pembukaan Lebuhraya SPE: Tol percuma sebulan
Pemandu kenderaan yang melalui tiga plaza tol utama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) tidak perlu membayar tol masing-masing selama sebulan mulai hari ini, bersempena pembukaan penuh lebuh raya itu.
10. Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid
Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
#berita pilihan #berita tempatan #plkn #Palestin
;