Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 31, 2023 15:50 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Oktober 2023.
1. Malaysia terima tiga notis dari AS kerana bertegas isu Palestin
Perdana Menteri mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) disebabkan pendirian tegas negara dalam isu Palestin.
2. Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin
Tindakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap pelik dan tidak wajar.
3. Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram minggu hadapan.
4.AAN-15: Ahli akademik perlu tingkatkan usaha kepada agenda pembinaan bangsa - PM Anwar
Cabaran dan kekacauan yang wujud pada era dan ketika ini, telah mengakibatkan agenda kemajuan dan kemodenan sering bergelut dengan nilai dan moral yang baik, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Isu Palestin: 'Malulah kita tidak nyatakan pendirian di Parlimen' - Wan Ahmad Fayhsal
Perikatan Nasional (PN) mahu Parlimen Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap konflik yang sedang berlaku di Palestin pada masa kini.
6. Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov
Mahkamah menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan, tahun lepas.
7. RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan
Program Road to Gold mengumumkan pengguguran atlet daripada program itu, termasuk pasukan hoki lelaki kebangsaan yang gagal mencapai sasaran pingat emas yang mereka sendiri tetapkan di Sukan Asia.
8. Harga ayam boleh didapati lebih rendah selepas diapungkan - Armizan
Harga ayam boleh didapati dengan lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram (kg), meskipun kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi dan harga kawalan ayam.
9. WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar hanya membuat kenyataan perkara-perkara yang diketahui sahaja.
10. Kerajaan akan terus perkasa pengurusan air negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memperkasa pengurusan air negara melalui Dasar Air Negara yang akan dimuktamadkan selepas sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan.
#berita utama #berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI