Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 30, 2023 23:56 MYT
Oktober 30, 2023 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Oktober 2023.
Kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan itu terus berada pada kadar munasabah.
JKR negeri memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan mengambil masa kira-kira enam bulan.
Tindakan mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi merupakan satu bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia, tegas Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert, terutamanya untuk artis luar negara menyediakan ‘kill switch’ dalam konsert anjuran mereka.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun tahun ini.
Bilangan kematian menurun lapan peratus pada 2022 kepada 206,525 berbanding 224,569 kematian pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia pasti akan membalas pelaburan dan perdagangan yang semakin meningkat dari Singapura ke Malaysia dengan usaha serius untuk menyelesaikan sebahagian besar isu yang masih belum selesai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan.
Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan saringan ketat dalam pemilihan 500 pelajar cemerlang setahun bagi program biasiswa MyBrain yang diperkenalkan semula tahun depan sebagai MyBrain 2.0.