Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 17, 2023 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Oktober 2023.
1. Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: "Berat tuduhan berzina"
Pada saat ramai yang meraikan dan memberi doa buat pasangan pengantin baru pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus dengan pelakon Angeline Tan, ada isu ditimbulkan tentang pernikahan mereka.
2. PM Anwar terima panggilan telefon Ketua Hamas, nyata komitmen Malaysia bantu rakyat Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin
3. "Kesudian Naomi Campbell peraga busana kami sangat bermakna buat Rizman Ruzaini"
Seperti sebilangan besar pereka fesyen tempatan lain, pasangan Rizman dan Ruzaini juga tidak ketinggalan menyimpan angan-angan atau keinginan bekerjasama dengan peragawati tersohor dunia di pentas peragaan.
4. E-invois, TIN tangani ketirisan hasil, kurangkan saiz ekonomi bayangan - Ahmad Maslan
Kerajaan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois untuk mengatasi ketirisan hasil dan mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
5. Pengapungan harga ayam, telur pastikan warga asing, golongan 'maha kaya' tidak nikmati subsidi
Langkah kerajaan membuat pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan maha kaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Tindakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuki Haary yang didakwa menyebut 'DAP kafir' mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.
7. PM umum penambahan 1 bilion unit Amanah Hartanah Bumiputera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan satu bilion unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan bagi langganan umum.
8. Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali
Kejadian hujan merupakan faktor pencetus utama insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa.
9. PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
10. Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka
Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
#berita tempatan #berita dalam negara #Pestabola Merdeka #warga asing
;