Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 16, 2023 23:59 MYT
Oktober 16, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Oktober 2023.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu melunaskan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai bagi tahun 2011 dan 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.
Lesen penerbangan syarikat penerbangan MYAirline akan digantung buat sementara waktu, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
5. Ahli Parlimen tidak dibenarkan pasang peranti di meja, tiada lagi 'live' dari Dewan Rakyat - Speaker
Semua Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan elektronik peribadi bagi tujuan penstriman langsung sesi Dewan Rakyat.
Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.
Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 tengah hari tadi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.
Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif baik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas demi masa depan rakyat dan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Kerajaan tidak akan memansuhkan subsidi dengan serentak, sebaliknya akan melaksanakan proses itu secara beransur-ansur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.