Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 10, 2023 23:59 MYT
Oktober 10, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Oktober 2023.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan melakukan perubahan mendadak bagi memastikan setiap projek pelaburan dari luar negara dapat diluluskan dengan segera.
Penganjuran semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-87 Tun Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Okt ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini, atas tuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kuala Ketil 1 Oktober lalu.
Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini mengumumkan bahawa format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 tetap dikekalkan biarpun ia kini hanya disertai tiga pasukan, iaitu Malaysia, India dan Tajikistan.
Tiga barisan juri profesional dalam All Stars Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat menegaskan tidak wujud sebarang unsur pilih kasih dalam pembahagian markah.
Seorang guru maahad tahfiz didenda RM12,000 atas pertuduhan memperdaya dua wanita dengan tawaran pinjaman wang sehingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengannya.
Fenomena El Nino dijangka menjadi lebih ekstrem dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara pada tahun ini, susulan faktor pemanasan global masa ini.
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
(PDRM) telah menghantar permohonan notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan subsidinya tahun depan berikutan kenaikan harga minyak yang seterusnya boleh membawa kepada subsidi tinggi bagi produk petroleum, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) merancang untuk meningkatkan pelaburannya di negara ini termasuk memperkukuh Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.