Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 3, 2023 23:49 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Oktober 2023.
1. Isu tafsir al-Quran: Howard Lee jumpa Menteri Agama, terima nasihat serta teguran
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, pada Isnin malam menitipkan pesanan dan nasihat kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee susulan kontroversi tafsiran ayat al-Quran yang dibuat pemimpin politik dari DAP itu.
2. Naib Canselor UTM rakyat Malaysia pertama terima Hadiah Mustafa
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Ahmad Fauzi Ismail telah dianugerahkan Hadiah Mustafa 2023, anugerah dwitahunan berprestij bagi meraikan pencapaian luar biasa cendekiawan dan saintis Muslim yang dianjurkan sejak 2015.
3. "Jangan sentuh keluarga saya" - Lee Zii Jia beri amaran
Walaupun bergelut dengan prestasi, pemain profesional Malaysia, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki di Sukan Asia Hangzhou.
4. Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Pas memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.
5. Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
6. Tiga maut, empat cedera selepas lelaki lepas tembakan di Siam Paragon
Tiga individu dilpercayai maut selepas seorang individu berusia 14 tahun melepas tembakan di pusat beli-belah popular, Siam Paragon.
7. Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.
8. Jerebu: Indonesia nafi, data kita terima ada pembakaran di luar negara - Nik Nazmi
Data yang diperolehi dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan wujud aktiviti pembakaran di luar negara yang menyumbang kepada masalah jerebu.
9. Belum ada keputusan tentang rombakan Kabinet - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
10. Nama menantu Muhyiddin, peguam diserah kepada Interpol - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan permohonan notis merah ke atas menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguamnya telah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;