Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 2, 2023 23:56 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.
1. Hanya yang ada ID khas boleh beli minyak masak paket tahun depan - Fuziah
Ini bagi memastikan ia disasarkan kepada yang memerlukan dan tidak berlaku penjualan kepada yang tidak layak.
2. Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden pengeboman di Istanbul
Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.
3. Kuartet 4x100m lolos ke final Sukan Asia
Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium.
4. Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas.
5. Kes bunuh 3 warga Sri Lanka, polis tahan 8 individu
Polis kini telah menahan lapan warga asing bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh melibatkan tiga lelaki warga Sri Lanka di sebuah rumah sewa di Sentul pada 22 Sept lepas.
6. Kerajaan umum empat langkah intervensi tambahan tangani isu beras
Kerajaan akan melaksanakan empat langkah interversi tambahan termasuk menyerap harga beras putih import (BPI) bagi menangani masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran.
7. Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou.
8. Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Faiz Dziyauddin dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 2 petang.
9. Berebut pelanggan: 8 pekerja trak tunda ditahan bergaduh
Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta di Kampung Malaysia Tambahan awal pagi tadi.
10. Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import - PM Anwar
Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.
#berita tempatan #berita pilihan #beras import #pingat gangsa
;