Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 1, 2023 23:35 MYT
Oktober 1, 2023 23:35 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Oktober 2023.
Amalan tidak jujur iaitu rasuah dan salah guna kuasa yang sering berlaku menyebabkan ketirisan hingga membawa negara ini ke jurang kemusnahan.
Seorang bekas anggota tentera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian kes tikam seorang wanita dengan sebilah pisau di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam.
Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti.
Sembilan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 setakat 4 petang ini.
Beberapa negara selatan ASEAN termasuk Malaysia dijangka menghadapi jerebu berikutan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan yang menganjurkan program rasmi supaya tidak meminta tetamu hadir terlalu awal kerana ia boleh menjejaskan produktiviti negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.
Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tindakan itu disebabkan kes berkenaan membabitkan pegawai dan anggota polis.