Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 24, 2023 23:47 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.
1. Lawatan ke AS berjaya buahkan hasil, kata PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa.
2. Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.
3. Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Qistina Lim.
4. Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.
5. Ribuan penduduk sanggup beratur beli beras 5kg harga RM1
Ribuan penduduk di sini sanggup beratur panjang untuk membeli beras putih import yang dijual dengan harga RM1 sekampit seberat 5 kilogram, yang diadakan di Padang Kampung Datuk Seri Kamaruddin di Lumut hari ini.
6. SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
7. Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Menurut MAIWP, Abdul Syakur yang memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP.
8. "Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
9. Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis Kedah mengesahkan sembilan individu yang didakwa hari ini atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik 14 September lalu disyaki menjalankan penerokaan unsur nadir bumi (REE).
10. Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Seorang wanita dilaporkan maut apabila sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting, malam ini.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita penting
;