Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 23, 2023 23:57 MYT
September 23, 2023 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 September 2023.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon Bebas.
Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli, dipecat serta-merta keahliannya daripada parti berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberikan kemenangan untuk PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsi oleh Noh menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Kehadiran anggota polis selepas menerima panggilan penduduk di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, di sini membongkar penemuan tiga mayat lelaki di sebuah rumah kedai pada Jumaat.
Sumber berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Seri Paduka Baginda bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam.
Ahli Parlimen Putrajaya itu turut mengesahkan bekas setiausaha politiknya turut ditangkap pada Jumaat berkaitan dakwaan rasuah tersebut.
Polis Kota Kinabalu menafikan dakwaan seorang warga China diminta memadamkan hantarannya di media sosial berhubung kes kamera tersembunyi di sebuah tempat penginapan di daerah ini.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz berkata, kebanyakan pelajar tidak mempunyai kewangan yang stabil terutamanya pada awal semester.