Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 20, 2023 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 September 2023.
1. Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di Johor - Exco
Penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang kita ada 23,000 tan metrik.
2. Polis kesan tiga lagi individu dikenal pasti terlibat perhimpunan
Polis sehingga kini masih gagal menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan untuk tampil memberi keterangan.
3. Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
4. Remaja dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan
Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan reman diperoleh selama tujuh hari hingga 21 September.
5. Lori rempuh 11 kenderaan: Dua penunggang motosikal disahkan maut
Dua penunggang motosikal disahkan maut dalam nahas melibatkan 12 buah kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, di sini, pada Rabu.
6. Nahas Putrajaya: Anthony Loke arah JPJ, APAD siasat lori terlibat kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan untuk melakukan siasatan terhadap kemalangan maut melibatkan lori dengan beberapa buah kenderaan lain di Putrajaya pada pagi Rabu.
7. Batalkan pencen MP, masukkan dalam KWSP - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid mencadangkan semua menteri dan ahli Parlimen tidak lagi diberikan pencen seperti mana mereka peroleh sekarang.
8. Polis nafi ancaman bom di Bank Negara Malaysia - Ketua Polis KL
Polis Kuala Lumpur menafikan satu ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.
9. BN namakan Amizar sebagai calon di PRK DUN Pelangai
Ketua Penerangan UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
10. PN pilih bekas cikgu sebagai calon di PRK DUN Pelangai
Perikatan Nasional (PN) menamakan seorang bekas tenaga pengajar, Kasim Samat sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
#berita pilihan #berita tempatan #PRK DUN Pelangai #pembelian panik
;