Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 15, 2023 23:48 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 September 2023.
1.Nahas Elmina: Dua juruterbang cukup rehat, tiada masalah kesihatan
Laporan awal nahas pesawat Beechcraft Model 390 Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu mendapati kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan.
2. Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024
Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion ditetapkan selama 30 hari bermula Jun dan Julai 2024.
3. Disangka sakit, Mamat bidas netizen rakam video tanpa tahu situasi sebenar
Vokalis kumpulan Exists, Mamat melahirkan kekecewaan terhadap segelintir pihak termasuk netizen yang pernah merakam dan membuat ‘cerita’ tentang dirinya tanpa mengetahui hal sebenar.
4. DNAA Zahid: PM Anwar tidak tolak kemungkinan beri penjelasan di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan di Dewan Rakyat berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
5. Inkues Baby Syifaa: Pakar forensik Thailand antara enam saksi baharu
Peguam keluarga Baby Syifaa akan mengemukakan seramai enam lagi saksi untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian bayi berkenaan.
6. 'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menjelaskan beliau telah menjawab kesemua soalan ketika ditahan polis pada Khamis.
7. DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Nur Jazlan mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan mahu melayani kehendak politik pihak pembangkang sehingga sanggup mengetepikan prinsip untuk tidak mencampuri urusan Jabatan Peguam Negara.
8. Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berharap perbicaraan kesnya dapat segera dihabiskan dengan baik untuk membolehkan dia kembali mendapat rawatan di hospital.
9. Jangan jadikan masjid dan surau gelanggang pertelagahan politik - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari ini menyeru agar institusi masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang pertelagahan politik.
10. Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;