Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 14, 2023 23:54 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
1. Parlimen akan rombak besar-besaran pemilihan wakil Parlimen Belia - Johari
Parlimen Malaysia akan meningkatkan program Parlimen Belia bagi memastikan platform itu mampu menghasilkan pemimpin belia berkualiti untuk generasi masa depan.
2. Nazri angkat sumpah ADUN Simpang Jeram
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sambil disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ADUN Johor yang lain.
3. Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
4. UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
UMNO tidak membuat sebarang keputusan berhubung dakwaan akan memecat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil.
5. Amira Aisya tidak akan kosongkan kerusi DUN Puteri Wangsa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz tidak akan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.
6. PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau mahu menyertai parti itu.
7. Dua bekas Pengerusi Felcra dipanggil prosiding PAC Isnin depan
Dua bekas Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan dipanggil untuk prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Isnin ini.
8. Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9. Agong baca surat, petisyen rakyat Sabah, Sarawak, akan serah kepada PM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca setiap surat dan petisyen yang dipersembahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kepada Baginda sepanjang pengembaraan "Kembara Kenali Borneo" selama 11 hari yang berakhir pada Khamis.
10. Penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, dipersetujui secara prinsip - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN), secara prinsipnya bersetuju dengan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, bagi mewujudkan parameter serta garis panduan jelas untuk memberi akses kepada orang awam, mendapatkan maklumat daripada badan awam dan kerajaan.
#berita tempatan #berita pilihan #Kembara Kenali Borneo #JKKTN
;