Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 9, 2023 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 September 2023.
1. Isu 3R: Polis ambil keterangan Muhyiddin Selasa, buka dua lagi kertas siasatan
Bekas perdana menteri itu akan dipanggil pada Selasa ini, untuk diambil keterangan.
2. Dr Wan Azizah terima Ijazah Kehormat Unisel
Ijazah khas itu disampaikan oleh Canselor Unisel, Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.
3. Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.
4. Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini - Anthony Loke
Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan Jumaat ini
5. PRK Johor: Peratusan keluar mengundi rendah di Pulai kerana cuaca - SPR
Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
6. PRK: Polis belum terima laporan dua wartawan wanita dikasari - Ayob Khan
Polis belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlaku insiden pengamal media dikasari pegawai pengiring seorang menteri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Selasa lalu.
7. Gempa bumi Maghribi: Angka korban meningkat kepada 820
Angka kematian akibat gempa bumi di Maghribi telah meningkat kepada 820, dengan 672 yang lain cedera.
8. Formula pemberian 40 peratus hasil Sabah dimuktamad Julai 2024 - Ewon
Kerajaan Persekutuan bersetuju memuktamadkan pelaksanaan formula 40 peratus pemberian hasil Sabah menjelang Julai tahun depan, kata Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.
9. PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai selepas calonnya, Suhaizan Kayat menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
10. PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yang baharu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yakin kemenangannya adalah bukti kerjasama Kerajaan Perpaduan antara PH dan Barisan Nasional (BN) diterima oleh rakyat.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI #PRK Pulai #PRK Simpang Jeram
;